Pemilihan Suami-Isteri

Posted by Abu Redha | 5:41 AM | | 0 comments »

Sebelum perkahwinan bermula ia tentunya didahului dengan pemilihan bakal isteri dan bakal suami.Pemilihan bakal suami disebut oleh Rasululullah s.a.w menerusi sabdanya bermaksud: "Apabila datang kepada kamu seorang lelaki yang kamu rasa redha (puas hati) keagamaan dan akhlaknya, kahwinkan dia."(riwayat Tirmizi)


Pemilihan bakal isteri pula disebut oleh Rasulullah menerusi sabdanya bermaksud: "Seorang wanita itu dikahwini dengan empat perkara, kerana kecantikannya, kerana, hartanya, kerana kedudukannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang ada agama, nescaya kamu berbahagia."(Tirmizi)

Secara umumnya dua hadis di atas meletakkan syarat beragama sebagai syarat utama perkahwinan. Ini kerana hanya orang yang beragama sahaja boleh membina keluarga beragama dan beriman. Dan hanya keimanan yang boleh memberi kebahagian di dunia dan di akhirat. Sabda baginda:

من تزوج امرأة لعزها لم يزده إلا ذلا ومن تزوجها لمالها لم يزده إلا فقرا ومن تزوجها لحسبها لم يزده إلا دناءة ومن تزوج امرأة لم يرد إلا أن يغض بصره أو يحصن فرجه أو يصل رحمه بارك الله له فيها وبارك لها فيه

Bermaksud: "Sesiapa yang mengahwini seorang perempuan kerana kehebatannya, ia hanya akan menambahkan kehinaan, Sesiapa yang mengahwininya kerana hartanya, ia akan hanya menambahkan kemiskinan, sesiapa yang mengahwininya kerana kedudukannya, ia hanya akan menambahkan kerendahan. Sesiapa yang mengahwininya seorang perempuan, tujuannya semata-mata ingin menjaga matanya atau memelihara kemaluannya atau menyambung hubungan darah, ALLAH memberkati si lelaki untuk perempuan dan si perempuan untuk lelaki." (Ibnu Hibban)

0 comments

Blog Widget by LinkWithin