Perkahwinan dalam Islam

Posted by Abu Redha | 5:10 AM | | 0 comments »

Pembentukan keluarga bermula dengan sebuah perkahwinan. Perkahwinan berlaku dengan termenterainya akad antara seorang lelaki dan perempuan yang dijalankan oleh seorang wali kepada perempuan dengan bersaksikan dua saksi yang adil. Perkahwinan adalah fitrah manusia. ALLAH berfirman bermaksud:


"Dan ALLAH yang menjadikan untuk kamu dari diri kamu pasangan-pasangan, dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan itu anak-anak dan cucu-cucu, dan Dia mengurniakan rezki yang baik".

Perkahwinan juga adalah sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabdanya: "Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang bencikan sunnah aku, dia bukan di kalangan aku".

Islam tidak menggalakkan membujang dengan alas an ingin beribadah. Tirmizi meriwayatkan daripada sahabt nabi bahawa Rasululullah melarang bersikap enggan berkahwin kerana menumpukan ibadah.

3.0 Matlamat Perkahwinan

Perkahwinan adalah bermatlamatkan perkara-perkara berikut:

1. Perkahwinan bertujuan memberikan ketenangan jiwa. Firman ALLAH bermaksud: "Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya bahawa Dia menjadikan untuk kamu dari diri kamu pasangan-pasangan untuk kamu menenangkan diri kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda (kekuasaan ALLAH) bagi kaum yang berfikir."

2. Perkahwinan juga menjaga maruah seseorang. Sabda baginda: "Wahai sekelian orang muda. Sesiapa di kalangan kamu yang ada kemapuan hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu benteng bagi dirinya".(Bukhari & Muslim, Abu Dawud dan Tirmizi)

3. Perkahwinan bertujuan mendapatkan zuriat. Rasulullah bersabda: "Kahwinilah yang beranak ramai dan penyayang".

4. Perkahwinan Untuk bersama-sama mendapatkan redha Tuhan

Sabda baginda:

ليتخذ أحدكم قلبا شاكرا ولسانا ذاكرا وزوجة مؤمنة تعينه على آخرته


Bermaksud: "Hendaklah seseorang itu mengambil hati yang bersyukur, lidah yang berzikir dan isteri yang membantunya untuk akhiratnya", (Ahmad dan Tirmizi)

0 comments

Blog Widget by LinkWithin