Wahai jiwa yang tidur..!!

Posted by Abu Redha | 12:25 AM | | 0 comments »

Puji syukur bagi Allah; Tuhan alam semesta. Salawat dan salam atas junjungan kita; Muhammad Al-Mushtofa, dan atas keluarganya yang mulia serta sahabat-sahabatnya yang terpilih. Salam kepada para pengunjung rumah Allah Swt., kepada para tamu tanah kekasih, dan kepada para penyambut seruan-Nya! Juga salam khusus kepada hati-hati yang kembali segar dari mengingat Allah, dan yang masih mengetuk pintu limpahan kurnia dan rahmat-Nya!


Pada hari-hari ini, pada malam-malam ini, dan pada detik-detik yang mulia ini, betapa banyak manusia yang dengan penuh kesedaran jiwa melepaskan diri mereka dalam pesona spiritual, dan menerangi hati dan jiwa mereka dengan bertaubat dan insaf. Mereka membersihkan karat-karat dosa dan kesyirikan dari diri mereka di tengah gelombang rahmat Allah yang datang silih berganti. Salam mulia Allah kepada hati-hati ini, kepada segenap pemilik hati-hati yang bersih.

WAHAI JIWA YANG TIDUR,
BANGUNLAH DARI TIDUR YANG PANJANG,
DARI KELEKAAN DUNIA YANG FANA
DARI MATI HATI YANG KELAM,
TIDAK KAU SEDAR BAHAWA RAHMAT ALLAH TERLENTANG DI DEPAN MATA MU
TAPI KAU TERUS ASYIK DENGAN DUNIA INI YANG SIFAT SEMENTARA,

WAHAI JIWA YANG TIDUR
BANGUNKANLAH MATA HATI MU
CELIK SELUAS-LUASNYA MATA FIKIR MU
KERANA MASA MU TIDAK LAGI LAMA
MASA MU HANYA SEKELUMIT SAJA
SEBAB ESOK KAU AKAN MENGHADAP ALLAH DENGAN TANGAN KOSONG
MAKA DI NERAKA LAH KAU DITEMPATKAN SELAMA-LAMANYA

Salam puisi di atas satu manifestasi kedalangan jiwa kita yang tidak pernah sedar bahawa kehidupan singkat ini hanya platform untuk kita hidup di alam akhirat yang kekal abadi. Oleh itu saya berpesan kepada diri saya dan seluruh pembaca marilah kita pertingkatkan amalan dan berdoalah seperti mana beberapa doa para sahabat iaitu:
Ya Allah tolong aku untuk sentiasa berbuat ibadah baik kepada Mu, tolong aku untuk sentiasa mensyukuri nikmat Mu dan tolong aku untuk sentiasa mengingati Mu.

0 comments

Blog Widget by LinkWithin