Di Aidilfitri 15 tahun yang lalu..

Posted by Abu Redha | 3:53 AM | | 0 comments »

15 tahun yang lalu, Aidilfitri begitu meriah di samping arwah ayah dan mak serta semua ahli keluarga meskipun dengan penuh kesederhanaan..dari persiapan hinggalah sambutan raya begitu meriah kerana semua berpeluang bersama meraikannya..Namun selepas 15 tahun, pemergian ayah (1999) sungguh terasa..tambahan pula anak-anaknya kian membesar dan juga mempunyai keluarga sendiri dan komitmen kerja masing-masing..amat jarang dapat mengumpulkan kesemuanya sekali lagi..tentunya tanpa ayah lagi..Kak Yong (Ummi Khalsom) dan keluarga di Teluk Intan, Abang Mat (Husni) dan keluarga di Miri, Abang Jue (Zubir) dan keluarga di Kuching serta Kak Yang (Anisah) dan keluarga di Penang tidak dapat menyertai raya di kampung pada tahun ini....

Namun kemeriahan Aidilfitri masih terasa di samping mak dan Abang Kim (Hakim) di kampung, Abang Lil (Jalil), Radi (Radzi), Pipah (Afifah) dan suami dan adik (Lotfi) berpeluang pulang ke kampung untuk meraikan hari lebaran bersama..

Meskipun jauh terpisah, Salam Kemaafan di Aidilfitri menghubung silaturrahim ditautkan agar ia berkekalan..Semoga suatu hari nanti, kami semua akan berkumpul semula di hari lebaran seperti 15 tahun yang lalu...

0 comments

Blog Widget by LinkWithin