Petua Mendapat Anak Yang Soleh

Posted by Abu Redha | 10:14 AM | | 0 comments »

Ni merupakan petua yang aku dapat dari kawan-kawan yang anak-anak mereka baik-baik belaka.Nak anak yang baik, tak nangis waktu kecik, senang dijaga,senang mendengar kata, tak berpeleseran, tak jadi mat atau minah rempit atau sebagainya.

Petua yang patut diamalkan.

Sebelum pernikahan:
Bertaubat atas segala kesalahan yang pernah dilakukan dahulu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi semata-mata kerana Allah untuk mendapat kebahagian rumah tangga.

Selepas pernikahan iaitu pada malam pertama:
Ikut ada berjimak iaitu menutupi badan ketika berjimak, tidak terlanjang.
Bersabar. Sebelum memulakan jimak, mulakan dengan Bismillah dan baca doa Berjimak.
Ada sesetengah orang tua kata kalau boleh Azan dulu.

Ketika mengandung:
Si suami memperbanyakkan amal dan selalu mengaji untuk si anak di dalam perut.
Si isteri/ibu pula membacakan surah yang penting kalau tak sempat nak baca semua seperti Surah Al-Imran dan Surah Yusuf. Cuba bayangkan dalam mengandung tu, baca al-Quran tu sure katam al-quran nye bila anak dah lahir nanti.

Pakaian si ibu ketika mengandung:
Ketika mengandung jangan jadikan alasan nak pakai baju mengandung tapi singkat sana singkat sini.Orang tua kata nanti masuk angin kalau dedah sana sini.
Apa susahnya, beli baju mengadung labuh sampai buku lali lepas tu pakai stokin. Untuk kesihatan diri jugak.

Ketika ibu sedang melahirkan anak.
Si bapa sepatutnya berada bersama si isteri di dalam bilik bersalin untuk menenangkan si isteri
Kalau korang nak tau ada doktor cakap kalau si isteri dapat tengok muka si suami bersama die dalam bilik bersalin, dia senang bersalin.
Lagi satu waktu tu ingat Allah, selawat,istighfar, berzikir kalau boleh.Bukan melolong,Mak oiii mak oiii.Apa mak kita leh bantu time tu.Allah jer leh bantu.

Waktu anak selamat dilahirkan:
Orang sekarang biasanya dah lupa bile dah nampak anak dah lahir tak pun pengsan tengok darah.Sepatutnya perkataan pertama keluar dari mulut suami ialah Alhamdulillah.
Lepas tu jangan lengah2 mintak kat Nurse tu anak korang lepas tu azan kan bagi yang lelaki dan iqamah bagi perempuan.Ni tak kadang kadang dah lama baru diazankan.Anak tu dah dengar lagu dan hiburan baru nak diazan/iqamah kan.Mana tak anak suka AF,Mentor,OIAM.

Peringkat seterusnya:
Ni aku tak berapa arif sangat. Tapi ramai lupa.
Sepatutnya anak2 kita waktu kecil di aqiqah kan bukan dah besar.
Sebagai membekalkan haiwan tunggangan di akhirat sok.

Dari lahir sampai 2 tahun:
Ni pun ada jugak buat silap
Ikut zaman nabi, ibu susukan anak sampai 2 tahun
Susu ibu tu banyak mengandungi zat zat yang berguna untuk anak
Ni tak dibaginya nesprey la dumex la.Lepas tu takde duit.
Susu ibu percuma.

2 - 5 atau 6 tahun
Kita biasakan dia dengan panggilan yang baik. Kalau bagi nama, bagi nama yang ada makna yang elok elok dalam Islam.Bayangkan kita panggil dia "maksudnya Yang Pemurah", setiap orang panggil nama yang sama.Itu umpama mendoakan anak kita menjadi seorang yang permurah. Dari kecil ajar anak mengaji.Tutup aurat.Ajar solat.
Ibu bapa sekarang pakaian kan anak skirt, seluar pendek.
Dah besar pakai macam tu die orang marah lak.
Nanti anak balas balik, Sape suruh kecik kecik pakaikan macam tu.

6-besar
Saat pertama persekolahan, iaitu memperkenalkan anak dengan dunia persekolahan, pastikan anak dapat ilmu agama secukupnya.Kalau boleh mak bapaknya sendiri ajar ilmu agama.

Remaja
Bila remaja, anak-anak mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Jadi kita mesti jadi rakan,kawan dan ibu bapa kepada anak-anak.Bukannya die takut kita tapi biarlah die hormat kita.Mak kalau boleh kongsi masalah anak perempuan.Ayah amik tau masalah anak lelaki mereka.Menasihati anak dengan bahasa yang lembut.Jadi seperti kawan mereka.

Dewasa
Bila korang korang dah tanam ilmu agama dan hormat ibu bapa sejak kecil lagi insyallah sampai dewasa die orang kenang mak abah sebagai seorang kawan yang amat rapat.Bukan seorang guru yang garang

Insyallah segala apa yang aku kongsi ni akan berguna pada mereka yang akan melangkah ke alam perkahwinan dan telah berumah tangga.

0 comments

Blog Widget by LinkWithin