Tetapi baru sahaja dia merebahkan badannya, seorang pemuda berusia 17 tahun dating menghampirinya dan mengatakan, “ Apa yang tuan lakukan wahai Amirul Mukminin?” Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjawab,”Biarkan saya tidur sejenak. Saya sangat letih dan penat sehingga hampir tiada kekuatan yang tersisa.” Namun pemuda itu kelihatan tidak puas hati dengan jawapan tersebut.
Dia bertanya lagi, “Apakah tuan akan tidur sebelum mengembalikan barang yang diambil secara paksa kepada pemiliknya, wahai Amirul Mukminn?” Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengatakan,”Jika tiba waktu Zuhur, saya bersama orang-orang saya kan mengembalikan barang-barang tersebut kepada pemiliknya,” Jawapan itulsh ditanggapi oleh si pemuda, “Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?”
Pemuda itu bernama Abdul Maluk. Dia adalah putera Amirul Mukminin sendiri, Umar bin Abdul Aziz. Semoga Allah merahmati kedua-duanya
Saturday, August 15, 2009
Bagaimana ayah begitulah anaknya
***************************************************************
“Siapa yang menjaminmu hidup samapai selepas waktu Zuhur?” Pertanyaan itu terlontar daripada daripada mulut seorang pemuda kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, tokoh pemimpin bergelar khulafa’ ar-rasyidin ke-5. Ketika itu khalifah yang terkenal keadilannya itu sangat tersentak dengan perkataan si pemuda. Apatah lagi pada ketika itu, dia sedang merebahkan dirinya beristirehat selepas selesai mengebumikan khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Malik.
No comments:
Post a Comment